Pages

Wednesday, December 9, 2009

PHYTONATAL


PHYTONATAL

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan

dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.

Mengandungi kandungan herba antaranya:

  1. Glycrrhiza Glabra Radix
  2. Cassia Angustifolia Follium (estrak)
  3. Zingiber Officinale Rhizom
  4. Coriandrum Sativum Semen
  5. Pimpenella Anisum Semen

Dos/Cara pengunaan

Diambil 1-2 tablet sehari sekali.

Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


Harga :

Phytonatal 90 tablets = RM 109.90

Phytonatal 180 Tablet = RM 189.90



LAWAS SEGAR

LAWAS SEGAR

Digunakan secara tradisional untuk melancarkan sistem

pencernaan badan, melancarkan peredaran darah dan

membantu sistem perkumuhan.

Mengandungi ramuan herba antaranya:

  1. Parkia Javanica Semen
  2. Zingiber Officinale Rhizom
  3. Trachyspermum Ammi Semen
  4. Cassia Augustifolia Folium
  5. Glycyrrhiza Glabra Radix

Dos/cara pengunaannya

1-2 sukatan diambil sekali sehari.
(sukatan mengikut pencedok/skop yang disediakan)

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan,sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


RM 50.00



LAWAS ANGIN


LAWAS ANGIN

Digunakan secara tradisional untuk melancarkan

penghadaman, melancarkan peredaran darah dan

melegakan angin dalam badan.

Mengandungi ramuan herba antaranya:

  1. Parkia Javanica Semen
  2. Zingiber Officinale Rhizom
  3. Usnea Barbata
  4. Cassia Augustifolia Folium

Dos/cara pengunaannya

1-2 sukatan diambil sekali sehari.
(sukatan mengikut pencedok/skop yang disediakan)


Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan,sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan



RM 50.00

LAWAS KENCANG

LAWAS KENCANG

Digunakan secara tradisional untuk mengurangkan

berat badan, melancarkan perjalanan darah dan

penghadaman. Juga untuk melawaskan pembuangan

air besar dan kecil, menyegarkan badan, melegakan

sakit kepala, kembung perut dan angin.

Mengandungi ramuan herba antaranya:

  1. Cassia Augustifolia Folium
  2. Parkia Javanica Semen
  3. Zingiber Officinale Rhizom
  4. Trachspermum Ammi Semen

Dos/cara pengunaannya

1-2 sukatan diambil sekali sehari .
(sukatan mengikut pencedok/skop yang disediakan)

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


RM 50.00



UNCANG CUCI HERBANIKA

UNCANG CUCI HERBANIKA

Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan

kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan

gatal-gatal ringan.

Mengandungi kandungan herba antaranya:

  1. Piperaceae Folium
  2. Mimusop Elengi Folium
  3. Tamarindus Indica Cortex
  4. Citrus Hystrix Fructus
  5. Lawsonia Inermis Folium

Dos /cara pengunaan.


Rendamkan 2 uncang Cuci Herbanika dalam ½ liter air panas

mendidih. Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.

Boleh masukkan 2 sudu besar garam kedalam air herba.

Kemudian tambahkan sedikit air biasa agar kepanasannya tidak

melecurkan kulit. Guna airnya untuk mencebok atau

mengunakan kapas untuk mencuci alat sulit wanita. Boleh

diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.


Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.


Jauhi daripada kanak-kanak.


Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.


Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


SET BERSALIN LENGKAP NONAROGUY



Harga : RM 309.90

Shipping : RM 6.00


1. MINYAK HERBANIKA



Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk bersalin normal dan

secara pembedahan (caesarian) di wad


Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa dalam wad).

Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit

kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.

(Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala,

leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan

anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara

pembedahan.) Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian

perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit,

peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut,

betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.

(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang

semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa

proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)


Untuk bersalin normal:


Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit

(biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi /

luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari.

Pakai dengan selesa.


Untuk bersalin secara pembedahan:


Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari

dengan selesa. (Ini membantu mempercepatkan proses

penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin

di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran)

Bengkung ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di wad.


Bagi kelahiran normal:


Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta

pinggang, disyorkan penggunaan ëStrap-On BinderÇ dengan

ringan dan rapi. (Strap-On Binder/Bengkung Moden yang mudah

didapati di farmasi)


Bagi kelahiran secara pembedahan:


Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta

pinggang kecuali bahagian pembedahan. Pastikan kegunaan

ëStrap-On BinderÇ yang ringan dan melepasi tundun sulit

anda tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan. Anda

boleh teruskan amalan berbengkung secara ini selama 2 minggu

sebagai langkah penjagaan awal.

Perhatian : MINYAK HERBANIKA boleh digunakan untuk berurut

semasa dalam pantang.









2. UNCANG CUCI HERBANIKA















Bercebok bahagian sulit untuk bersalin normal,

lakukan semasa di wad dan di rumah.

- Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket UNCANG

CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas.

Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.

- Lakukan cucian serta cebok di bahagian sulit dan luka

jahitan anda.

- Kesat kering dan sapukan MINYAK HERBANIKA ke

bahagian luka jahitan/episiotomi dan tuangkan ia ke atas

pad atau tuala sanitari
anda.


Bercebok bahagian sulit untuk bersalin secara

pembedahan, lakukan semasa di wad dan di rumah.

- Rendamkan 1 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam

sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan peket agar
keluar pati herba yang pekat.

- Lakukan cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih

serta segar dan kesat kering.

- Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala

sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan

mengatasi masalah‚ rengat atau ketidakselesaan di

bahagian perut.

Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama

Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua,

Halba dan Garam untuk dijadikan “Mandian Herba„

ibu bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari

daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit,

atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan

luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan

penyembuhan luka jahitan/episiotomi. Sebagai

“Mandian Herba„, ia memelihara kulit agar segar,

mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.


3. AKAR HERBANIKA



Untuk Minuman Antioksidan

Semasa di wad bersalin - minum 2 - 4 gelas / mug sehari

atau 3 - 6 cawan sehari:

Rendam 2 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 flask

atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar

pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum

masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah

Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan

sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau sejuk.

(2 peket boleh diulangi rendam beberapa kali selama

beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket

yang baru).


Di rumah - buat pilihan Rendam atau Rebus:

Disyorkan rebus 2 - 3 peket AKAR HERBANIKA dalam

1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga

mendidih.Tuangkan ke dalam flask atau thermos

dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau

1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar,

penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.

Minum suam panas, suam atau suam sejuk.

(2 peket boleh diulangi beberapa kali selama beberapa

hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan

urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu,

mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi

Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil,

meringankan badan, membantu memecahkan lemak

degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta

sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan. Boleh ditambah

Serai (ketuk), 2 inci Halia Tua (ketuk), 1 sudu besar Halba

dan Daun Pandan, - 2 helai diikat.





4. PHYTONATAL





Tablet Pembersih Rapi Dalaman


Bersalin normal mula makan tablet PHYTONATAL

pada hari ke 4 dan bersalin secara pembedahan mula

makan pada hari ke 7


Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTONATAL 2 - 4 tablet


Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTONATAL 4 - 10 tablet


Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTONATAL 1 -2 tablet


PhytoNatal membantu membersihkan rahim dengan

mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi

‘Angin Meroyan’ serta ‘Murung’, darah

kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi

rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan

susu ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya

tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali

sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan,

mengatasi sakit anggota, kembung perut dan

melawaskan sistem pembuangan air besar serta air

kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim

dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan

membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan

yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.


Nota :
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi

(selepas sarapan) untuk melawaskan sistem

pembuangan air besar anda pada sebelah awal

petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda

pada sebelah malam.



5. KRIM HERBANIKA BARUT



Bagi kelahiran normal, guna KRIM HERBANIKA

BARUT pada hari ke-4 sehingga 44 hari (Disyorkan

selama 60 hari) dan bagi kelahiran secara pembedahan,

guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke - 15

sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari):

- Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian

perut serta pinggang, sapu rata KRIM HERBANIKA

BARUT di perut, ari-ari, pinggang, pinggul serta atas peha.


- Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang

mudah didapati di farmasi) atau Bengkung Tradisional

(jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
- Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah

payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan

bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan

mantap.


- Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang.


- Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung

semalaman.

Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar

, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu

mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan

pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan

mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu

melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari

saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan

luaran anggota badan.


6. HERBANIKA LULUR



Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan

pembedahan, dimula pada hari ke 3

-s ebelum mandi, ambil 1 - 2 sudu besar HERBANIKA

LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.


- Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau

lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan

lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar

atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.

- Elakkan lulur di bahagian puting


- payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan.


- Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan “Mandian

Herba„ untuk badan anda).


- Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke

44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit

yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi

kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan

otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang

atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas,

lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan

kemasukan angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan

kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan

lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak

sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak

Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan

payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.


PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN


-

Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, sphagetti,

pasta dan makaroni.


-

Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih,

bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, daun

dan bunga kunyit, ulaman lemuni, ulaman pegaga, daun

pudina, daun kari, brokoli, lobak, sawi dan serai.

-

Ikan segar yang disyorkan ialah ikan merah, tenggiri,

haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu,

siakap, kod, bawal putih dan senangin.


-

Makanan bijirin iaitu gandum, oats, empingan jagung /

corn flakes, bran, muesli, beras merah, beras perang,

kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe

dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus

dan bijan, roti putih, roti wholemeal /wholegrains, roti

canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.


-

Buah-buahan yang boleh disyorkan ialah epal merah,

oren manis, limau manis, kurma, kurma merah / red dates

, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, pic, aprikot,

strawberi , anggur (jangan berlebihan boleh akibatkan batuk),

jus epal, ribena dan sirap.


-

Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks,

milo dan akar herbanika.

-

Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula

perang dan raw sugar.


-

Teruskan amalan vitamin sebagai suplimen anda semasa

menyusu bayi.







HERBAL BALM

HERBAL BALM

Digunakan secara tradisional untuk melegakan hidung tersumbat.

Juga untuk melegakan gangguan kulit, sakit otot dan bengkak.

Mengandungi ramuan

herba antaranya:

  1. Cocos Nucifera
  2. Eucaylptus Globulus
  3. Eugenia Crophyllata
  4. Piperis Longum
  5. Cymbopogon Nardus / Serai

Dos /cara pengunaan
Gunakan beberapa calit Herbal Balm untuk disapukan pada bahagian

yang sakit.

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


PHYTO VAGIN

PHYTOVAGIN

Diperkaya dengan rumusan estrak tumbuhan asli yang berkhasiat. Digunakan secara tradisional untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.

Mengandungi kandungan herba antaranya:
  1. Quercus Spp
  2. Piper Betle Folium
  3. Lawsonia Inermis Folium
  4. Tamarindus Indica Cortex
  5. Stichopus Variegatus

Cara pengunaannya Kegunaan harian. Sapu gel pada bahagian faraj, biarkan selama 30 minit dan bilas bersih.

Harga : RM 55.00

MINYAK BERUBAT HERBA

MINYAK BERUBAT HERBA

Minyak berubat ini digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit-sakit ringan pada otot dan sendi, luka ringan dan gatal–gatal kulit.

Mengandungi ramuan herba antaranya:
  1. Pandanus Odorus Folium
  2. Cymbopogon Nardus Folium
  3. Calotropis Gigantea
  4. Piperis Longum Fructus
  5. Eucaylptus Globulus

Dos /cara pengunaan:

Gunakan beberapa titik minyak untuk disapukan
pada bahagian yang sakit.

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering. Jauhi daripada kanak-kanak.Sekiranya penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

Friday, December 4, 2009

SABUN DHIA


NOT090400456K

SABUN DHIA

Persediaan tradisional daripada herba dan estrak tumbuhan

untuk membuang sel mati, juga mencerahkan kulit serta

memberi kesan berlulur dan bau aroma pada badan setelah dipakai.

Mengandungi kandungan herba antaranya:

    a)Goat’s Milk
    b)Santalum album
    c)Kaempfria Galanga
    d)Curcuma Hyneanae

Cara pengunaannya
Diguna harian pada badan dan dicuci /bilas dengan air biasa.



PHYTOX

PHYTOX

Digunakan secara tradisional sebagai pemakanan tambahan

untuk menambahkan kesihatan dan menguatkan badan.

Mengandungi ramuan

herba antaranya:

  1. Cassia Augustifolia Folium
  2. Glycyrrhiza Glabra Radix
  3. Zingiber Officinale Rhizom
  4. Pimpenella Anisum
  5. Curcuma Domestica

Dos/cara pengunaannya

2-3 tablet diambil sehari sekali.


Digalakkan mengambilnya dengan minuman Akar

Herbanika.

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

PHYTO CLEANSE PLUS

PHYTOCLEANSE PLUS

Digunakan secara tradisional untuk melawaskan

pembuangan air besar dan melegakan sembelit, kembung perut.

Mengandungi ramuan herba antaranya:

  1. Cassia Augustifolia Folium
  2. Glycyrrhiza Glabra Radix
  3. Zingiber Officinale Rhizom
  4. Eugenia Crophyllata
  5. Pimpenella Anisum

Dos/cara pengunaannya

1-2 tablet diambil sehari sekali.
Digalakkan mengambilnya dengan minuman Akar Herbanika.

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan,sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


PHYTO CLEANSE

PHYTOCLEANSE

Digunakan secara tradisional untuk melancarkan

penghadaman dan melegakan angin dalam badan.

Mengandungi ramuan herba antaranya:

  1. Cassia Augustifolia Folium
  2. Glycyrrhiza Glabra Radix
  3. Zingiber Officinale Rhizom
  4. Eugenia Crophyllata
  5. Pimpenella Anisum

Dos/cara pengunaannya

1-2 tablet diambil sehari sekali.
Digalakkan mengambilnya dengan minuman Akar Herbanika.

NU3MED


Makanan Kesihatan

NU3Med

Makanan kesihatan yang berasaskan madu, kurma, jintan hitam,

sireh, halba, badam, gamat dan halia. Membantu meningkatkan

kesihatan dan sistem ketahanan badan untuk semua peringkat usia.

Cara pengambilan

Kanak-kanak 2-6 tahun: ½ sudu kecil sekali sehari
Kanak-kanak 7-12 tahun: ½ atau 1 sudu kecil sekali sehari
Dewasa: 1 sudu kecil atau 1 sudu besar. Ambil 1 atau 2 kali sehari

mengikut keperluan.

MINYAK HERBANIKA

MINYAK HERBANIKA

Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu

dalam pantang bersalin, menguatkan otot, melegakan batuk dan

sakit anggota badan dan sendi, memperlancarkan peredaran

darah dan mengurangkan kahak.

Mengandungi kandungan herba

antaranya:

  1. Piperaceae Folium
  2. Andropogon Nardus Folium
  3. Eucalyptus Globulus
  4. Myristica Fragrans
  5. Cocos Nucifera

Dos /cara pengunaan
Sapu Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan

celah-celah peha. Sangat mujarab digunakan untuk urutan.

Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat selesa.

Perhatian:

  1. Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut.

2. Bagi yang bersalin secara pembedahan.


Selama sebulan: Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian

abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan

kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.

Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan


MADU TENAGA SEGAR

MADU TENAGA SEGAR

Digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk melegakan

kelemahan badan, melancarkan perjalanan darah untuk tenaga

dan kesihatan. Membantu pembersih dalaman semulajadi badan dengan

melawaskan pembuangan air kecil, pengeluaran peluh serta melegakan

tanda –tanda selsema dan batuk.

Mengandungi ramuan

herba antaranya:

  1. Nigella Sativa
  2. Crocus Sativus
  3. Honey / Madu Lebah
  4. Telur

Dos/cara pengunaannya

Boleh dimakan 1-3 kali sehari.
Kanak-kanak (1 bulan-7 tahun): 1/4-1/2 sudu kecil sekali makan
Dewasa (8tahun keatas): ½-1 sudu kecil sekali makan.

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


MADU NONA HARMONIS

MADU NONA HARMONIS

Digunakan secara tradisional bagi wanita yang berusia 35 tahun

ke atas dan juga wanita yang telah putus haid untuk kesihatan

tenaga, menguatkan otot, melancarkan peredaran darah, memelihara

kulit dan kulit muka, melegakan keputihan dan kelemahan badan.

Mengandungi ramuan herba antaranya:

  1. Honey / Madu Lebah
  2. Telur
  3. Coriandrum Sativum / Ketumbar
  4. Curcuma Hyneanae / Temu Giring
  5. Crocus Sativus / Kuma-Kuma

Dos/cara pengunaannya

Dewasa (35tahun keatas): ½-1 sudu kecil sekali makan.

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.



HERBANIKA CREAM

Diperkaya dengan rumusan estrak tumbuhan herba asli yang

berkhasiat sebagai emolien. Digunakan secara tradisional untuk

mengurangkan gatal-gatal ringan.

Mengandungi ramuan herba

antaranya:

  1. Calotropis Gigantea
  2. Pandanus Odorus Folium
  3. Cymbopogon Nardus
  4. Eucaylptus Globulus
  5. Eugenia Aromatica
  6. Myristica Fragrans

Kegunaan Harian: Sapu lebih kurang ½ cm Herbanika Cream pada

bahagian faraj, biarkan. Ulangi sapuan 3 kali sehari.

Perhatian

Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Sekiranya penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.

Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

HERBANIKA LULUR


HERBANIKA LULUR

Digunakan secara tradisional untuk kesihatan kulit.

Mengandungi kandungan herba

antaranya:

  • Kaempferia Galanga
  • Santalum Album
  • Curcuma Hyneanae

Dos/cara pengunaan
Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mula lulur seluruh

badan seperti berikut:

  • ½ sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida (jika perlu)
  • Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
  • Guna air Florida untuk lulur supaya tidak bertepek-tepek.
  • Sapu kaki dan tapak kaki dengan iar Florida dan pakai stokin yang tipis.

Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.


HERBANIKA BARUT

HERBANIKA BARUT

Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali

otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan

untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.

Mengandungi kandungan herba

antaranya:

  • Oryza Sativa Semen
  • Myristica Fragrans
  • Cymbopogon Citratus Cortex
  • Oryza Glutinosa Semen
  • Trigonella Foenum Graecum Semen

Dos /cara pengunaan

  • Digunakan dua kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
  • 1-2 sudu besar serbuk Herbanika Barut digaul dengan 3-4 sudu besar air asam jawa.
  • Gaul sebati dan masak di atas api yang perlahan sehingga menjadi pes sederhana pekat.
  • Sapu terlebih dahulu Minyak Herbanika pada bahagian perut serta pinggang diikuti kemudiannya dengan pengunaan Herbanika Barut suam-suam panas sebagai sapuan keseluruhan perut dan pinggang. Kemudian ikat dengan menggunakan kain barut.

Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan, sila berjumpa doktor.
Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.

BARRA GEL

Formula yang diperkaya dengan herba–herba terpilih seperti sireh yang

terkenal sebagai agen pembersih dengan ciri anti septik amat baik untuk

melegakan dan melembapkan serta menyokong penstrukturan komponen

tisu. Ia memberikan keselesaan dan kesegaran seharian.

Mengandungi kandungan herba antaranya:

    a)Piper Betle
    b)Tamarindus Indica Cortex
    c)Citrus Hystrix Fructus
    d)Lawsonia Inermis Folium
    e)Prunus Amysdalus

Cara pengunaan

Cucian harian untuk kebersihan peribadi seisi keluarga. Digalakkan

pengunaannya selepas datang haid dan semasa mengandung.



AKAR HERBANIKA


Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama

ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguat dan menyegarkan anggota badan, juga

digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita melawaskan pembuangan

air kecil, membantu mengurangkan, keletihan dan sakit-sakit sendi.

Mengandungi kandungan herba

antaranya:

  1. Piper Betle Folium
  2. Curcuma Xanthorrhiza Rhizom
  3. Zingiber Rhizoma
  4. Orthosiphon Spicatus Folium
  5. Terminalia Cattapa Cortex
  6. Zingiber Varrabrum Rhizom

Dos /cara pengunaan
Untuk amalan kesihatan

a)Individu –1 mug setiap kali minum (3 kali sehari )
- 1-2 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 1 mug air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan rasa teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
b) Seisi keluarga-1 mug setiapkali minum (3 kali sehari)
-2-3 uncang Akar Herbanika dicampurkan dengan 5 cawan /1 teko air mendidih. Jika terlalu pekat boleh ditambah air sehingga menjadi seperti air teh cair. Boleh dicampur dengan madu lebah untuk menyedapkan rasa teh herba itu. Minum air Akar Herbanika suam-suam panas.
c) Minuman penghilang dahaga.
Air Akar Herbanika dengan manisan madu lebah asli yang disejukkan dalam peti sejuk adalah minuman penyegar seharian seisi keluarga untuk menghilangkan dahaga. Berkhasiat melegakan kekeringan tekak dan ketidakselesaan kerongkong.

Perhatian
Simpan di tempat dingin dan kering.
Jauhi daripada kanak-kanak.
Jika penyakit berlarutan sila berjumpa doktor.

Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.