Pages

Wednesday, December 9, 2009

SET BERSALIN LENGKAP NONAROGUY



Harga : RM 309.90

Shipping : RM 6.00


1. MINYAK HERBANIKA



Sapuan MINYAK HERBANIKA untuk bersalin normal dan

secara pembedahan (caesarian) di wad


Selepas keluar dari bilik bersalin (semasa dalam wad).

Gosokkan MINYAK HERBANIKA dengan tipis ke bahagian kulit

kepala serta tengkuk dan bahu anda. Ikat rambut dengan rapi.

(Ini membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala,

leher dan tengkuk semasa proses peneranan melahirkan

anak dan melegakan bagi yang melahirkan secara

pembedahan.) Sapurata MINYAK HERBANIKA ke bahagian

perut, ari-ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun sulit,

peha, celahan peha, pinggul, pinggang, lutut, belakang lutut,

betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.

(Ini membantu melembutkan urat saraf dan otot yang tegang

semasa peneranan berlaku atau kurang pergerakan semasa

proses pembedahan dan membantu melancarkan aliran darah)


Untuk bersalin normal:


Kemudian, tuangkan MINYAK HERBANIKA ke bahagian sulit

(biar minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi /

luka jahitan) dan tuangkan ke atas pad/ tuala sanitari.

Pakai dengan selesa.


Untuk bersalin secara pembedahan:


Gunakan MINYAK HERBANIKA ke atas pad/tuala sanitari

dengan selesa. (Ini membantu mempercepatkan proses

penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin

di usus serta rahim dan mengecutkan rahim secara luaran)

Bengkung ringan dengan MINYAK HERBANIKA semasa di wad.


Bagi kelahiran normal:


Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta

pinggang, disyorkan penggunaan ëStrap-On BinderÇ dengan

ringan dan rapi. (Strap-On Binder/Bengkung Moden yang mudah

didapati di farmasi)


Bagi kelahiran secara pembedahan:


Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian perut serta

pinggang kecuali bahagian pembedahan. Pastikan kegunaan

ëStrap-On BinderÇ yang ringan dan melepasi tundun sulit

anda tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan. Anda

boleh teruskan amalan berbengkung secara ini selama 2 minggu

sebagai langkah penjagaan awal.

Perhatian : MINYAK HERBANIKA boleh digunakan untuk berurut

semasa dalam pantang.









2. UNCANG CUCI HERBANIKA















Bercebok bahagian sulit untuk bersalin normal,

lakukan semasa di wad dan di rumah.

- Masukkan 2 genggam garam dan 2 peket UNCANG

CUCI HERBANIKA ke dalam sebekas air suam panas.

Tekankan peket agar keluar pati herba yang pekat.

- Lakukan cucian serta cebok di bahagian sulit dan luka

jahitan anda.

- Kesat kering dan sapukan MINYAK HERBANIKA ke

bahagian luka jahitan/episiotomi dan tuangkan ia ke atas

pad atau tuala sanitari
anda.


Bercebok bahagian sulit untuk bersalin secara

pembedahan, lakukan semasa di wad dan di rumah.

- Rendamkan 1 peket UNCANG CUCI HERBANIKA ke dalam

sebekas atau semangkuk air suam panas. Tekankan peket agar
keluar pati herba yang pekat.

- Lakukan cebok dan cuci di bahagian sulit sehingga bersih

serta segar dan kesat kering.

- Tuangkan MINYAK HERBANIKA ke atas pad atau tuala

sanitari anda untuk melancarkan keluaran darah nifas dan

mengatasi masalah‚ rengat atau ketidakselesaan di

bahagian perut.

Uncang Cuci Herbanika boleh direbus bersama

Daun Sireh, Inai, Daun Pandan, Serai Wangi, Halia Tua,

Halba dan Garam untuk dijadikan “Mandian Herba„

ibu bersalin selama 14 hari atau 30 hari sehingga 44 hari.

Uncang Cuci Herbanika membantu menghindari

daripada jangkitan kuman (infeksi), kegatalan kulit,

atasi darah berbau, menghindari dan menyembuhkan

luka, kudis, nanah, masalah berair dan mempercepatkan

penyembuhan luka jahitan/episiotomi. Sebagai

“Mandian Herba„, ia memelihara kulit agar segar,

mantap dan tidak mudah dimasuki angin sejuk.


3. AKAR HERBANIKA



Untuk Minuman Antioksidan

Semasa di wad bersalin - minum 2 - 4 gelas / mug sehari

atau 3 - 6 cawan sehari:

Rendam 2 peket AKAR HERBANIKA dalam 1 flask

atau thermos air panas yang mendidih sehingga ia keluar

pati herba teh sederhana pekat. Setiap kali minum

masukkan 1 sudu teh atau 1 sudu besar Madu Lebah

Asli sebagai penawar, penguat darah, anti-bakteria dan

sumber tenaga. Minum suam panas, suam atau sejuk.

(2 peket boleh diulangi rendam beberapa kali selama

beberapa hari sehingga cair, gantikan dengan peket

yang baru).


Di rumah - buat pilihan Rendam atau Rebus:

Disyorkan rebus 2 - 3 peket AKAR HERBANIKA dalam

1 liter air atau secerek sederhana air panas sehingga

mendidih.Tuangkan ke dalam flask atau thermos

dan setiap kali minum, masukkan 1 sudu teh atau

1 sudu besar Madu Lebah Asli sebagai penawar,

penguat darah, anti-bakteria dan sumber tenaga.

Minum suam panas, suam atau suam sejuk.

(2 peket boleh diulangi beberapa kali selama beberapa

hari sehingga cair, gantikan dengan peket yang baru).

Minuman antioksidan ini membantu menyegarkan

urat saraf, memperbanyakkan pengeluaran susu ibu,

mengurangkan air berlebihan dalam badan atau atasi

Retensi Air, melawaskan sistem pembuangan air kecil,

meringankan badan, membantu memecahkan lemak

degil serta mengatasi keletihan dan sakit sendi serta

sejuk-sejuk dan juga mengawal bau badan. Boleh ditambah

Serai (ketuk), 2 inci Halia Tua (ketuk), 1 sudu besar Halba

dan Daun Pandan, - 2 helai diikat.





4. PHYTONATAL





Tablet Pembersih Rapi Dalaman


Bersalin normal mula makan tablet PHYTONATAL

pada hari ke 4 dan bersalin secara pembedahan mula

makan pada hari ke 7


Lawas Buang Air Besar - Normal
PHYTONATAL 2 - 4 tablet


Tidak Lawas Buang Air Besar - Sembelit
PHYTONATAL 4 - 10 tablet


Terlalu Lawas Buang Air Besar - Sensitif
PHYTONATAL 1 -2 tablet


PhytoNatal membantu membersihkan rahim dengan

mengeluarkan angin lendiran dan mengatasi

‘Angin Meroyan’ serta ‘Murung’, darah

kotoran dalam sistem badan, menyegarkan fungsi

rahim serta memperbanyakkan dan mengeluarkan

susu ibu dengan lancar. Ia menambahkan daya

tenaga semasa dalam pantang, mengimbangi kembali

sistem badan, membantu membuang lemak berlebihan,

mengatasi sakit anggota, kembung perut dan

melawaskan sistem pembuangan air besar serta air

kecil. Ia juga mempercepatkan pengecutan rahim

dengan melancarkan pengeluaran darah nifas dan

membantu mengekalkan kecantikan bentuk badan

yang sihat, mantap serta menyerikan wajah.


Nota :
Disyorkan pengambilan pada setiap waktu pagi

(selepas sarapan) untuk melawaskan sistem

pembuangan air besar anda pada sebelah awal

petang bagi tidak mengganggu waktu tidur anda

pada sebelah malam.



5. KRIM HERBANIKA BARUT



Bagi kelahiran normal, guna KRIM HERBANIKA

BARUT pada hari ke-4 sehingga 44 hari (Disyorkan

selama 60 hari) dan bagi kelahiran secara pembedahan,

guna KRIM HERBANIKA BARUT pada hari ke - 15

sehingga 44 hari (Disyorkan selama 60 hari):

- Selepas sapuan MINYAK HERBANIKA ke bahagian

perut serta pinggang, sapu rata KRIM HERBANIKA

BARUT di perut, ari-ari, pinggang, pinggul serta atas peha.


- Gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden yang

mudah didapati di farmasi) atau Bengkung Tradisional

(jenis Kain Barut) dengan kemas, kejab dan rapi.
- Pastikan Kain Barut atau Bengkung dari paras bawah

payudara sehingga melepasi atas peha bagi mendapatkan

bentuk badan yang ramping, tidak kembang, kemas dan

mantap.


- Gunakan bengkung dari waktu pagi sehingga lewat petang.


- Sapu semula seperti di atas dan gunakan bengkung

semalaman.

Sangat berkesan untuk mengatasi perut lembik, besar

, buncit, menggeleber, kembang dan kendur. Ia membantu

mengempiskan serta mengejabkan perut, merampingkan

pinggang, mengatasi jaluran serta parut pada kulit dan

mengecutkan rahim secara luaran dengan membantu

melancarkan peraliran nifas serta darah busuk dari

saluran rahim. Ia juga dapat mengatasi pembengkakan

luaran anggota badan.


6. HERBANIKA LULUR



Bagi rawatan di rumah untuk kelahiran normal dan

pembedahan, dimula pada hari ke 3

-s ebelum mandi, ambil 1 - 2 sudu besar HERBANIKA

LULUR digaul sederhana cair dengan air suam.


- Sapurata ke seluruh badan, lakukan gosokan atau

lulur semasa ia separa kering sehingga bersih. Elakkan

lulur di bahagian payudara serta perut secara kasar

atau menyental. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati.

- Elakkan lulur di bahagian puting


- payudara yang berkulit sensitif akibat penyusuan.


- Mandi dan bilas dengan bersih (gunakan “Mandian

Herba„ untuk badan anda).


- Ulangi amalan lulur ini setiap hari selama 30 hari ke

44 hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

Ia akan menghilangkan daki, menghaluskan kulit

yang kasar, mencerahkan kulit yang berpigmentasi

kehitaman atau jeragat, mengatasi ketegangan

otot, mengecutkan bentuk badan yang kembang

atau sembab angin dan mengatasi sejuk-sejuk, kebas,

lenguh atau sengal badan di samping mengelakkan

kemasukan angin sejuk. Ia mengembalikan kemantapan

kulit ibu dalam pantang bersalin dengan memecahkan

lemak degil serta angin lendir, mengecutkan bengkak

sendi, otot, urat saraf dan mengatasi masalah Bengkak

Vena atau Vena Varikos. Membantu menegangkan

payudara yang kendur dan atasi penyumbatan pada payudara.


PEMAKANAN SEIMBANG SEMASA DALAM PANTANG BERSALIN


-

Nasi panas sederhana lembut, bubur nasi, sphagetti,

pasta dan makaroni.


-

Sayur-sayuran yang disyorkan ialah bawang putih,

bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas, daun

dan bunga kunyit, ulaman lemuni, ulaman pegaga, daun

pudina, daun kari, brokoli, lobak, sawi dan serai.

-

Ikan segar yang disyorkan ialah ikan merah, tenggiri,

haruan, jenahak, selar kuning, kerisi, kurau, kerapu,

siakap, kod, bawal putih dan senangin.


-

Makanan bijirin iaitu gandum, oats, empingan jagung /

corn flakes, bran, muesli, beras merah, beras perang,

kismis kuning dan hitam, kekacang soya (tauhu, tempe

dan tofu), kekacang badam, walnut, makadamia, gajus

dan bijan, roti putih, roti wholemeal /wholegrains, roti

canai, chapati, tosei, roti puri dan kari.


-

Buah-buahan yang boleh disyorkan ialah epal merah,

oren manis, limau manis, kurma, kurma merah / red dates

, buah zaitun, buah tin (fig), delima, pir, pic, aprikot,

strawberi , anggur (jangan berlebihan boleh akibatkan batuk),

jus epal, ribena dan sirap.


-

Minuman berkhasiat disyorkan susu, susu soya, horlicks,

milo dan akar herbanika.

-

Gunakan pemanis iaitu madu lebah asli, gula merah, gula

perang dan raw sugar.


-

Teruskan amalan vitamin sebagai suplimen anda semasa

menyusu bayi.







No comments:

Post a Comment